Agensi Kelayakan Malaysia
Agensi Kelayakan Malaysia

Agensi Kelayakan Malaysia

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang begitu pesat mencetuskan keperluan terhadap sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Antara langkah yang diambil oleh negara ialah menyediakan dasar pendidikannya yang liberal. Y.A.B. Perdana Menteri sendiri sering menyatakan bahawa Malaysia telah bersedia menjadi tempat tumpuan negara lain mendapatkan pendidikan tinggi. Pendidikan tinggi di Malaysia telah mencapai taraf komoditi eksport yang begitu strategik. Dasar ini telah disambut baik oleh badan-badan swasta dengan menubuhkan pelbagai bentuk institusi pendidikan tinggi sama ada secara bersendirian atau bekerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam tempatan dan institusi pendidikan tinggi luar negara. Bagi menjamin pertumbuhan pendidikan tinggi swasta ini dilaksanakan secara sihat, Parlimen telah meluluskan dua akta yang berkaitan pada tahun 1996, iaitu Akta Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara (Akta 556). Akta Pendidikan Tinggi Swasta bertindak mengaturkan penubuhan dan pengurusan institusi pendidikan swasta agar dapat menyediakan suasana pendidikan tinggi yang berkualiti untuk pelajarnya.